PAGES

Thursday 25 June 2015

SARANA: BUKU MINI KOMUNIKASI IBUBAPA GURU

Berikut adalah buku mini komunikasi yang telah diedarkan secara percuma kepada murid pada awal tahun 2015 dan merupakan salah satu daripada cadangan yang diberikan dalam Mesyuarat PIBG yang lepas dalam meningkat komunikasi di antara sekolah dan ibubapa. 

Makanya adalah diharapkan buku ini, menjadi:

1. medium agar anak-anak dapat mencatat kerja rumah atau tugasan yang telah diberikan oleh pihak guru dan disemak oleh ibubapa dengan menurunkan tandatangan dibahagian yang disediakan.

2. terdapat juga catatan guru yang bermaksud daripada guru atau kepada guru

3. terdapat juga bahagian bagi dilekatkan surat-surat yang diberikan oleh pihak sekolah bagi memudahkan rujukan ibubapa bagi informasi yang diberikan. 

Ini merupakan alternatif kepada makluman yang juga disampaikan juga melalui Facebook sekolah, laman sesawang sekolah dan wats ap kelab kelas masing-masing.

Bagaimana jika buku anak saya sudah hilang atau tiada dalam simpanan?
a. Memandangkan buku ini perlu dibawa setiap hari ke sekolah dan telah diperuntukkan bagi anak-anak sekolah rendah, ibubapa boleh menggunakan mana-mana buku latihan untuk dijadikan
kutaib alitisolat ini.

b. Ibubapa boleh merujuk guru kelas sekiranya terdapat lagi bagi bersama guru kelas

Sumbangsaran bagi penggunaan buku 







No comments:

Post a Comment