PAGES

Thursday 25 June 2015

MEMBAYAR ZAKAT FITRAH RAMADAN 1436H DI SEKOLAH AL-AMIN BANGI

Pembayaran zakat fitrah ini boleh dibuat kepada amil bertauliah, Muallim Shamsul Adzuri Ramly, GPK Akademik sekolah rendah. Urusan pembayaran boleh dilakukan dengan membuat temujanji dengan beliau atau sesi selepas persekolahan (sekiranya beliau tiada urusan)

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah (4 syarat):

(1) 🍁Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

(2) 🍁Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

(3)🍁Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

(4)🍁Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Sumber: www.zakatselangor.com.my

Kepada tuan tuan dan puan puan, zakat fitrah menjelma lagi! RM7.00/jiwa

No comments:

Post a Comment