Nota: Jadual Mengajar Anak bagi Ibu Bekerja
Tarikh: 20 Ogos 2015
Hari: Khamis
Ramai di kalangan ibu yang bekerja di luar rumah bertanyakan kepada saya bagaimana mengajar anak dengan waktu yang sangat terhad.
InshaAllah nota hari ini akan saya kongsikan bagaimana saya dulu mengajar anak membaca walaupun saya bekerja.
Semoga perkongsian ini akan dapat membantu para ibu beraktiviti dengan anak.
1. Sekolah dalam kereta 🚗 - manfaatkan wakru di dalam kereta ketika menghantar anak ke rumah pengasuh atau ketika keluar hujung minggu. Baca dan sebutkan ABC, 123 atau bercerita dengan anak di dalam kereta.
2. Lepas maghrib 📝- biasanya maghrib kita sudah ada di rumah. Selepas maghrib kumpulkan anak-anak dan buat ulangkaji bersama. Untuk ajar membaca, cukup 10 ke 15 minit tetapi konsisten setiap hari.
3. Sebelum tidur 😴 - 30 minit awal sebelum anak dapat deep sleep, buat ulangkaji bersama. Contohnya anak masih ingat-ingat lupa suku kata 'da' dan ''ma'. Baring bersama anak. Tunjukkan flashcards tersebut.
4. Hujung minggu 💃- buat persediaan apakah aktiviti yang mahu dilakukan bersama anak. Mungkin kita mahu ajar anak membaca sambil membuat latihan menulis. Sediakan buku atau template nya. Luangkan 30 minit untuk satu sesi.
Atau jika mahu santai-santai sahaja, sambil basuh kereta pun kita boleh menyebut suku kata bersama anak. Tulis di pintu kereta atas buih sabun dan sebut sama-sama. Bukan sahaja belajar, tapi boleh juga eratkan hubungan dengan anak 👪
5. Minta bantuan 📢 - jika anak tinggal dengan pengasuh, jika pengasuh tidak keberatan, boleh minta bantuannya untuk sama-sama membantu. At least perdengarkan lagu ABC, bacaan ayat-ayat lazim dan sebagainya.
Inilah antara aktiviti untuk ibu-ibu yang tidak punya banyak masa bersama anak-anak. Saya yakin dan percaya, walaupun kita sibuk, tapi kita boleh jadi kreatif dan lakukan aktiviti bersama anak-anak.
Semoga mendapat manfaat.
Selamat mendidik dengan kasih sayang!
Ashikin Hashim
#icanteachmychild
No comments:
Post a Comment