PAGES

Thursday 6 August 2015

PENGHARGAAN KEPADA ANAK-ANAK DARJAH 6 YANG TELAH MENGHABISKAN SILIBUS HAFAZAN

Isnin, 3 Ogos. Pada sesi perhimpunan mingguan rasmi sekolah baru-baru ini, 9 murid telah diberi penganugerahan oleh Panitia Al Quran dan Hafazan (PAQIH). Sesi penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Mudir sekolah dihadapan 938 orang murid.

Dalam ucapan Ketua Panitia PAQIH, Muallim Zulkefli b Sulaiman melahirkan perasan terharu dan gembira terhadap pencapaian ini. Beliau menyatakan cukup yakin, lebih ramai lagi anak-anak yang akan melengkapkan rekod hafazan mereka dan pastinya berusaha mengekalkan hafazan sedia ada.

Pihak sekolah yakin, dengan komitmen yang ditunjukkan oleh anak-anak serta gandingan padu pihak sekolah dan ibubapa, dengan izin Allah taala, pastinya lebih ramai lagi anak-anak akan melengkapkan rekod hafazan tahunan mereka dan malah boleh melangkau jauh lagi.

Bagi kumpulan kedua penganugerahan ini, sesi penilaian guru-guru hafazan masing-masing akan menilai sehingga 20/8/2015. Masih ada ruang bagi anak-anak lain juga.

Terdapat 2 orang yang tiada di dalam gambar, Amir Hadi dan Khalid

No comments:

Post a Comment