PAGES

Thursday 6 August 2015

KEBAJIKAN: DOAKAN ALLAH BERI KESEMBUHAN KEPADA AMIN FADLI (4 UMAR)

Pihak sekolah dimaklumkan berkenaan salah seorang murid yang sedang melalui pembedahan matanya. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif melakukan solat hajat bagi bersama mendoakan keselamatan & disembuhkan.

"Assalammu'alaikum wbt. Anak saya Amin Fadli (4 Umar) akan menjalani pembedahan kedua matanya pada hari isnin 10/8/15 minggu depan bermula dgn mata kiri dan apabila sembuh, pembedahan akan dilakukan pada mata kanannya pula. Pembedahan ini bertujuan utk menyelamatkan baki penglihatan amin yg masih berfungsi dan risikonya adalah 50-50. Jika gagal, penglihatannya akan hilang sepenuhnya. Sy selaku ayah kpd Amin dgn rendah diri memohon doa dari tuan2/ puan2/ muallim/ muallimah/ kawan2 semua agar pembedahan ini dpt berjalan dgn lancar dan selamat. Terima kasih tak terhingga sy ucapkan dan hanya Allah swt mampu membalasnya"




No comments:

Post a Comment