TAJUK: 3 MOTIVASI DARIPADA AYAT AL-BAQARAH:183
MASA: 7.35-8.00 PAGI
TEMPAT: DATARAN SEKOLAH
PENYAMPAI: MUDIR AHMAD FADHLI MOHD FAUDZI
TAJUK: 3 MOTIVASI DALAM AYAT 183 SURAH AL-BAQARAH
Penyampai menyebut Ayat 183 Al Baqarah boleh dibahagikan kepada
3 pecahan
1) input
2) proses
3) output
Dalam bahagian yang pertama di namakan sebagai Motivasi Iman iaitu sumber input kita,
Allah meletakkan seruan "Wahai orang-orang yang Beriman.... "
Allah menyeru dgn panggilan Al Habib (yg beriman)
Ini menjelaskan Allah amat dekat dengan kita
Sejauh mana input iman terbina dalam diri kita, bukan dalam bulan ramadan ini sahaja malah hari-hari & bulan-bulan yang terdahulu, Syaaban, Rejab...Rabiul Awal lagi.
Dengan iman kita nak masuk dalam bulan Ramadan, perlu bersedia & sentiasa ni perbaik
Dalam bahagian kedua dinamakan sebagai Motivasi Kebersamaan melalui kita melihat arahan puasa ini ditetapkan juga kepada orang terdahulu serta orang masakini.
"Wajib puasa pada kamu seperti orang terdahulu. Yang puasa tiada batasan geografi.. Syria Rohingya Palestine Selatan thai, mereka dalam perang, ketakutan manakala kita aman diberi pelbagai nikmat yang kita harus sentiasa bersyukur dan manfaatkan.
Talian ukhuwwah tanpa batasan tempat, bangsa dan bahasa menjadikan kita lebih menjiwa & merasai penderitaan mereka yang sedang juga berpuasa dalam keadaan yang penuh kekurangan & cabaran tersendiri.
Sama-sama lihat orang yang tak mampu maka kita kena usaha teruskan amal-amal kita .
Kakitangan di sekolah dah di kelompok dalam tadarus, alhamdulillah bersama kita selesaikan.
Dalam menguruskan program anak anak, program untuk kita jangan dilupakan.
Jika ada umpatan maka jauhi hal tak baik ini tetapi dekatilah majlis ilmu & insan-insar yang akan galakkan kita kepada peningkatan iman.
Motivasi yang ketiga adalah Motivasi Ganjaran bersumberkan ayat "Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa".
Proses ke arah menjadi taqwa memerlukan keinginan yang besar & mujahadah yang kuat.
Motivasi yang kuat adalah dari diri kita bukan dari luar apatah lagi jika bersifat duniawi atau pujian semata-mata.
Bukan pandangan manusia pujian manusia.
Penutup:
No comments:
Post a Comment