PAGES

Thursday 23 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH 2015


Makluman sambutan hari raya telah dimaklumkan melalui surat kepada semua murid mulai semalam, 23 Julai 2015 & murid-murid perlu membayar RM5 seorang berikutan makanan & minuman akan disediakan oleh pihak sekolah.

Bagi kelas yang ingin menggunakan duit kutipan bulanan mereka bagi bayaran kelasnya, adalah dialu-alukan.


Perincian berkenan pakaian murid:
💥Baju raya yg menutup aurat
💥Kasut SEKOLAH
💥Tudung SEKOLAH/ tudung raya yang memenuhi ciri berikut:
➡tidak jarang
➡tidak berlebihan dalam perhiasan
➡tak menyerupai paderi kristian
➡menutup aurat
➡melepasi dada
➡tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh

🍓 Murid hanya perlu bawa buah-buahan / kuih raya kerana makanan lain disediakan oleh pihak penyelaras program.

🍓 Bekas makanan disediakan SENDIRI oleh murid/guru kelas. (mohon ibu bapa merujuk kpd guru kelas/pembantu).

🍓Sudu, garfu & cawan disediakan oleh penyelaras program.

🍓 Penggunaan polisterin adalah dilarang (dalam mematuhi polisi Go Green sekolah)

🍓 Murid perlu masuk ke kelas terlebih dahulu utk diambil kedatangan & pemilihan peserta pertandingan' Busana Raya'.

🍓 Kuih raya/buah-buahan TIDAK diwajibkan kpd murid utk dibawa bersama. Terpulang kepada murid2

No comments:

Post a Comment