PAGES

Tuesday 28 July 2015

PROGRAM KEIBUBAPAAN: MENDIDIK ANAK-ANAK SOLEH & MUSLEH DI ALAF KE 21





POSTER & BANNER

PAPARAN GAMBAR PROGRAM




PERSIAPAN TEMPAT

Pihak sekolah mendapat kerjasama yang sama yang sangat baik daripada SMAP Kajang, rakan penganjuran bersama.


Pihak AFE yang setia memberi khidmat fasilitis yang luar biasa & terbaik
(Maklumat AFE boleh diperolehi di sini, hubungi En Farid 018 371 0007)

1. MUKADDIMAH
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .” At Tahrim 66:6

2. OBJEKTIF

A.    Memyemarakkan kesedaran mengenai amanah mendidik ahli keluarga.
B.    Meningkatkan kemahiran memimpin dan membimbing ahli keluarga untuk mencapai keredhaan Allah swt.
C.    Menyingkap contoh-contoh mendidik keluarga oleh Rasulullah saw, para sahabat baginda, ulama’ salafus soleh serta ulama’ kontemporari yang muktabar.
D.    Menyemarakkan ilitizam, semangat beramal dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggung jawab mendidik anak-anak sebagai generasi rabbani.
E.    Berkongsi tips praktikal mendidik anak-anak zaman moden di era globalisasi.

3. PENGANJURAN PROGRAM

Program wajib hadir bagi pasangan Suami Isteri yang memohon kemasukan anak darjah 1 (Ibubapa Lama dan Ibubapa Baru) seperti mana yang telah dinyatakan: 
•    di dalam borang Pemohonan Kemasukan Darjah 1 2016
•    makluman dalam surat tawaran hadir ujian & program ibubapa
•    pengumuman melalui laman sesawang Sekolah Sri Al-Amin Bangi.


4. MAKLUMAT PROGRAM

A. Masa: 8.00 pagi-1.30 tengah hari

B. Tarikh: 1 Ogos 2015 (Sabtu)

C. Tempat:
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Batu 13, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor, 43000, Malaysia
Klik untuk dapatkan arah ke SMAP Kajang


D. Yuran:
Tiada (Bayaran telah termasuk RM20 yang telah dibuat semasa Hari Ujian Kemasukan, 25 Julai 2015 lepas)

E. Makanan & Minuman: Disediakan

5. ATURCARA PROGRAM

8.30 – 8.45 pagi     : Pendaftaran

8.45 – 9.15 pagi     : Ucapan aluan : ‘Amanah Pendidikan Tanggungjawab Bersama’

9.15 – 10.45 pagi        : Pengisian utama: Mendidik Anak di Alaf ke 21
(Dr. Adnan b Omar – Kaunselor SIH JB)

10.45 – 11.00 pagi     : Rehat

11.00 – 1.00 petang : Forum: Cabaran Mendidik Anak-anak di Era Globalisasi
(Ahli panel – Pn Halimah bt Abdul Hamid (Moderator),
Dr. Adnan b Omar,
Bro. Ammar b Mohd Zain &
Sis. Anfaal bt Saari)

1.00 – 1.15 tengah hari     : Soal Jawab

1.15 -1.30 tengah hari : Penyampaian cenderamata dan bersurai


6. PENGURUSAN ANAK_ANAK

Anak-anak yang dibawa adalah tanggungjawab ibubapa dan tidak dibenarkan anak-anak selain yang menyusu dibawa masuk ke dalam dewan.

  7. PENUTUP
Adalah diharapkan program ini  mencapai objektif yang telah digariskan dan memberi satu kesedaran tentang pentingnya usaha mendidik seisi keluarga. Kesungguhan dan penggembelingan segala usaha dalam memimpin ahli keluarga dan mendidik anak-anak adalah kunci untuk selamat di dunia dan akhirat. Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan yang diredhai dan semoga amalan diterima serta Allah SWT.

No comments:

Post a Comment