PAGES

Tuesday, 14 July 2015

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN (BULAN SYARIAH) 2015

Program Ihya Ramadan sempena Bulan Syariah hari ini telah melabuh tirai tengahari tadi.
Alhmadulillah semua perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik. Berikut beberapa gambar, bagi paparan program hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama menjayakan program ini terutamanya:
1. Jawatankuasa penganjur dari Panitia Syariah, Panitia Bahasa Inggeris, Unit Keceriaan&Kebersihan, Panitia Pendidikan Sosial & Unit Pembangunan Insan.

2. Penaja-penaja program KIMB Berhad, Alameen Serve Holdings Sdn Bhd dan ibubapa-ibubapa yang menyumbang menjayakan program ini.

3. Kakitangan sekolah yang turut menjaya program ini

Semoga Allah selayak mengganjari kita semua. Tahniah kepada anak-anak yang berjaya dalam pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan. Bagi pemenang yang tidak hadir pada hari ini, hadiah-hadiah akan diberikan apabila sesi persekolahan dibuka.

1. Majlis Khatam Al-Quran oleh Para Dai Cilik dan  Mursyid Muallim Imadduddin.

2. Pertandingan Dai' Cilik dimenangi oleh Dai' Cilik Idlan




   
3. Perutusan Aidilfitri oleh Mudir sekolah, Muallim Ahmad Fadhli Mohd Faudzi
Mudir menggariskan 3 perkara, iaitu 
a-Hidupkan amalan berzikir dimana sahaja kita berada. (ketika dalam majlis, ketika berqiamullail, dalam perjalanan balik kampung, tolong ibubaa dirumah..)
 
b-Menyambut Bulan syawal dengan meneruskan amalan-amalan kita dibulan ramadan.

c-Hari raya disambut dengan suasana kembali kepada fitrah, iaitu dosa-dosa kita diampuni oleh Allah. Perkara ini perlukan usaha baik kepada murid-murid, para guru serta ibubapa.
  
 

Majlis ditutup dengan sesi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim di sekolah  diikuti dengan hadiah kepada semua pemenang & cenderahati kepada AJK program, para muallim muallimah dan kakitangan sekolah.


No comments:

Post a Comment