PAGES

Thursday 2 July 2015

LAWATAN PEMANTAUAN KURIKULUM IKRAM MUSLEH







Alhamdulillah pihak sekolah rendah dan sekolah menengah dilawati oleh 2 wakil Jawatan kuasa Kurikulum IKRAM Musleh yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan dan pengurusan kurikulum di Sekolah-sekolah Rangkaian IKRAM Musleh iaitu Pn Kamaliah Nordin dan Pn Rohida Jamaluddin.

Sesi pertemuan yang bermula seawal 8.30 pagi tadi dimulakan dengan alu-aluan daripada pihak Pengurus Kualiti & Aset Sekolah, Pn Norain bt Hayun dan diikuti pemantauan selari sekolah rendah serta sekolah menengah.

Selain sistem fail dan dokumentasi bagi setiap konstruk dilihat, terdapat juga sesi pencerapan pdp guru dibuat bagi guru subjek diniah & subjek KPM.

Alhamdulillah secara umum pihak pemantau berpuas hati dengan pelaksanaan sedia ada & penambah baikan berbanding sesi pemantaun sebelum ini. Terdapat cadangan penambahbaikan diberikan berserta kredit tambahan atas kejayaan pelaksanaan beberapa elemen yang melebihi keperluan minima.

Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah berusaha dalam memastikan keadaan yang pengurusan yang baik terutamanya kepada Guru Kanan Kualiti Sekolah Rendah, Muallimah Bayani Mohamad.

Jazakumullah khair semua

No comments:

Post a Comment