TIGA BELAS WASIAT
untuk para guru مربى
Ø WASIAT PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu
tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan
makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut
kepada Allah swt lebih baik untukmu.
Ø WASIAT KEDUA terimalah pelajar-pelajarmu seadanya dengan segala
kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan.
Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau
kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
Ø WASIAT KETIGA tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR dan
terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih
cepat sampai kelubuk hati mereka.
Ø WASIAT KEEMPAT ingatlah sesungguhnya ramai
orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan
cita-cita mereka hingga sampai ke puncak jaya. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang
besar dgn izin Allah jua.
Ø WASIAT KELIMA baikkanlah layananmu terhadap
pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai
daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada di
dalam tanah.
Ø WASIAT
KEENAM setiap mata pelajaran boleh
dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang
bersesuaian.
Ø WASIAT KETUJUH setiap detik
yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu,
itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.
Ø WASIAT KELAPAN berapa ramai
daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas
dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Yaa Allah..!, tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas
dan amanah.
Ø WASIAT KESEMBILAN di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar
dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu
menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
Ø WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya
anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang
lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh
para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
Ø WASIAT KESEBELAS ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang
melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada
kerjamu, maka sesungguhnya semua kerjabuatmu itu adalah memberatkan timbangan
amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
Ø WASIAT KEDUA BELAS pesanan ini adalah merupakan
hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan
yang banyak.
Ø WASIAT KETIGA BELAS sesungguhnya Allah perintah kamu untuk menyampaikan
amanah kepada yang berhak menerimanya.
TERIMA KASIH wahai para guru,
kerana respon baik yang diberikan.
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها *
No comments:
Post a Comment