PAGES

Thursday, 5 February 2015

PROGRAM HIJAU - RAHMATAN LIL ALAMIN 2015



(A) Alhamdulillah untuk kali ketiga tahun ini iaitu pada 7 Februari 2015 (Sabtu) akan diadakan sesi kutipan barangan Recycle yang diinisiatif oleh pihak PIBG & Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Pohon dapatkan maklumat dibawah & terima kasih atas semua yang terlibat dalam menjayakan kutipan kali ketiga ini.

22 Disember 2014: Hebahan Program Hijau di PIBG net 
24 Januari 2015: Kutipan Program Hijau 1 (Hebahan di PIBG net pada 23 Januari 2015)
31 Januari 2015: Kutipan Program Hijau 2 (Hebahan di PIBG net pada 29 Januari 2015)  
7 Februari 2015: Kutipan Program Hijau 3 (Hebahan di PIBG net pada 6 Februari 2015)

=========================================================================
(B) Latar belakang program

(1) Program Hijau -Rahmatan Lil Alamin akan melakukan kutipan barang-barang recycle kali ketiga. Kerjasama oleh ibu-bapa dan guru amat dihargai untuk 

(1) Asingkan barang-barang mengikut jenis barang
(2) Kumpulkan dan bungkus mengikut jenis barang
(3) Hantarkan mengikut maklumat yang disediakan di dalam Net ini


Barang kutipan untuk minggu ini sahaja.

(1) Minyak Masak Terpakai di dalam botol 5 liter

(2) Kertas dan kotak ( sila ikat dengan kemas)

(3) Botol plastik (PET) di dalam bag yang diikat (jangan masukkan plastik pembungkus)

Tarikh: 7-Februari 2015 (Sabtu)
Masa:  8:30 am - 9:30 am
Tempat: Dihadapan Luar Sekolah Al Amin (dekat dengan Notice Board/ Tempat menunggu berbumbung)

=========================================================================

(C) Berikut adalah  saranan TYDP PIBG, Tn Hj Mohammad Riza Hadrun berkenaan usaha pihak PIBG dalam inisiatif Projek Hijau PIBG-Sek Sri Al-Amin Bangi mulai tahun 2015. Berikut adalah saranan beliau pada tarikh 22 Disember 2014 di dalam PIBG net.

Assalamualaikum

Sebagai hebahan awal, Program Hijau PIBG- Sek Al Amin Bangi akan menjadikan tahun 2015 sebagai tahun Hijau berkonsepkan Rahmatan lil Alamin bagi membudayakan program 

1. membudayakan kebersihan
2. Mengurangkan pembaziran
3. Kitar semula, guna semula
4. Tenaga hijau dan pemeliharaan alam sekitar
5. Menjana keewangan sekolah 

Oleh itu, penyediaan infrastruktur akan di sediakan secara berperingkat-peringkat serta penyertaan dan sumbagan daripada ibubapa, guru-guru, masyarakat setempat dan juga kerajaan tempatan amat-amat digalakkan.

InsyaAllah, penyediaan infrastruktur seperti tong sampah, ruang pengumpulan dan bahan2 kempen memerlukan kos dan tenaga, oleh itu pihak PIBG amat besar hati sekiranya ada sukarelawan di kalangan para ibu-bapa dan guru dapat bersama-sama dgn ajk pibg di dalam menjayakan program sepanjang  tahun hadapan.

Ajk PIBG

No comments:

Post a Comment