PAGES

Tuesday 3 November 2015

SESI PERSEKOLAHAN SEKOLAH RENDAH BERAKHIR 10 NOVEMBER 2015


1. Adalah dimaklumkan sesi persekolahan yang telah diluluskan oleh pihak lembaga pengelola sekolah selari dengan bilangan minima hari persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini telah dikongsikan kepada semua ibubapa/penjaga melalui edaran dan dipaparkan di laman sesawang sekolah http://www.alaminbangi.edu.my/v1/ dan http://sriaab.blogspot.my/ sejak awal tahun 2015 lagi.



2. Perkara ini juga mengambilkira kekangan masa sesi pembelajaran anak-anak bagi sesi persekolahan 2015 perlu tamat lebih awal tetapi masih dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh pihak kementerian.
Ini adalah kerana pihak sekolah rendah berkongsi kawasan yang sama dengan sekolah menengah yang menjadi pusat peperiksaan SPM 2015 mulai 2 November 2015. Peringatan bertulis Lembaga Peperiksaan melalui Ketua Pengawas telah diberikan kepada Mudir sekolah rendah pada awal tahun merujuk kehadiran murid-murid di sekolah mengganggu calon SPM, berdasar pengalaman 2 tahun menjawat ketua pengawas di sini.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah rendah terpaksa menyusun sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti tahunan sekolah bagi memenuhi arahan ini. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti melibatkan di dalam  kawasan sekolah.

4. Merujuk surat edaran kepada murid pada 15 Oktober 2015 berkenaan sesi persekolahan sepanjang tempoh minggu 37 hingga 40, disertakan tarikh-tarikh penting untuk tindakan ibubapa/penjaga.




5. Berikutan berlakunya beberapa bencana alam yang sekaligus menjejas sesi persekolahan. Pihak KPM memberi kebenaran penutupan sekolah atas akibat bencana ini dengan tidak perlu diganti. Di dalam rekod sekolah, bagi bencana banjir dan jerebu masing-masing melibatkan 5 hari dan 8 hari persekolahan. Walaupun demikian pihak sekolah berusaha memastikan penambahbaikan harus berlaku dalam memastikan mutu pembelajaran dan pendidikan dari semasa ke semasa


6. Pihak sekolah sangat menghargai segala sokongan dan dokongan ibubapa kepada pihak sekolah dalam memperkasakan pendidikan untuk melahirkan Insan Rabbani yang Soleh dan Musleh. Allah selayaknya mengganjari antum semua dengan ganjaran yang besar disisi-Nya.

Sekian dimaklumkan,

Mudir
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi

No comments:

Post a Comment