PAGES

Sunday 27 September 2015

SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI AKAN TUTUP SEMENTARA PADA ISNIN, 28.9.2015

(A) MAKLUMAN SEKOLAH TUTUP SEMENTARA

1. Merujuk paras IPU yang semakin meningkat seperti 15.9.2015 tempoh hari. Pihak sekolah akan tutup sementara pada 28.9.2015 ini.

2. Segala aktiviti melibatkan kehadiran di sekolah ditangguhkan buat sementara.

3. Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke tarikh lain. Jesteru semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 seperti yang dijadualkan.

4. Sehubungan dengan itu, warga Sri Al-Amin adalah dinasihat untuk meminimumkan aktiviti di luar rumah & bersama berdoa diberi keselamatan sepanjang musibah ini.

5. Adalah diharapkan juga ibubapa memastikan mengisi Pentaksiran Ke-2 Konstruk Solat (Ikhlas) yang telah diserahkan sebelum cuti melalui anak-anak.

Allahu musta'an, kepada Allah selayaknya kita pohon pertolongan.

Mudir, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.
27.9.2015@Ahad


(B) KENYATAAN MEDIA

Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor akan ditutup pada hari Isnin, 28 September 2015.

Oleh kerana cuaca semasa adalah tidak kondusif untuk pelajar menduduki peperiksaan, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Justeru, semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 dengan kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada jam 2.40 petang.

Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak-pihak yang terlibat dalam kadar segera.

Terima kasih.

Tuan Hj. Ahmad Zaki Bin Hj. Arsad 
Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

 

No comments:

Post a Comment